Seorang penulis barat berkata;dengan membawa maksud kalau kita sekadar berminat untuk menjadi seorang penulis, kita tidak akan berjaya. Tetapi dengan menulis setiap hari, kita akan menjadi penulis yang baik.
Tapi aku langsung tak nak jadi penulis yang baik. Jauh sekali menjadi penulis yang berbogel seperti Zahiril Adzim.
Mungkinkah aku berhajat menjadi seorang penulis ruangan gosip suam-suam kuku majalah Mangga (salah satu majalah lucah keluaran Utusan Umno)? Atau menjadi penulis yang membuat liputan mengenai artis yang membuat penggambaran separuh bogel di tepian kolam renang?
Ah... Kalau penulis macam itu, bakat menulis tak perlu ada. Cuma memerlukan ketahanan diri dan mental yang kuat. Maksud aku, ketahanan mental dan fizikal yang kuat dalam menahan seksaan api neraka nanti.
* Hope kena saman 2 juta. Puffttt.....
Pernah aku lalui 1 interview di sebuah syarikat. Ada 3 orang panel penilai. Antara soalan yang ditanya apa anda akan lakukan sekiranya anda gagal dalam interview ini? Aku hanya menjawab untuk menjadi seorang penulis buku mengenai nasib perbankan islam di Malaysia.
Lantas ditanya aku lagi, buruk sangat ke nasib perbankan Islam di Malaysia? Aku hanya menjawab tak tahu. Jujur aku tak tahu. Tapi apa yang aku pasti semacam ada perkara yang kurang senang sedang berlaku dalam industri yang menjana pendapatan berbilion ringgit ini. Satu persatu aku keluarkan hujah-hujah separuh masak aku kepada salah seorang penilai tersebut. Dan satu-persatu hujah aku ditolak dengan mudah. Aku langsung diam. Kelu. Terkentut. Tapi tidak busuk.
Kata salah seorang penilai tersebut, "siapa awak dalam sistem ekonomi Malaysia ini yang nak mempersoalkan nasib perbankan Islam di Malaysia?".
Sinis dia tersenyum. Disambut tawa 2 lagi panel penilai. Lantas aku teringat 3 biji bom tangan tinggalan zaman perang dunia kedua di dalam beg sandang aku. Damn ! Baru aku teringat. Aku tinggalkan beg sandang aku kepada kakak kaunter yang memakai gincu di gigi tadi.
Pasrah.
Ketika menuruni tangga pejabat, aku masih lagi dalam keadaan yang separuh sedar. Sampai tak sedar aku tersepak batu. Aku lihat hujung kaki yang berdarah. Melecet. Aku singgah 7e untuk membeli pembalut luka. Bertanya aku kepada si penjaga kaunter kalau-kalau ada di jual pembalut hati yang luka? Dia geleng kepala. Gila dia kata. Kecewa lagi.
Sampai sekarang, masih tertanya-tanya aku "siapa aku untuk mempersolkan perkara itu?".Dengan hanya mempunyai segulung diploma yang mempunyai pointer nyawa-nyawa ikan dan ijazah separuh semester, aku mengalah. Sumpah aku mengalah.
Minta maaf kepada zahir zakaria@ cheng dan pensyarah yang buat aku terhutang budi sampai mati kepada beliau, Encik Jaafar Bin Mohamad.