hoi...meh la singgah !!!!

Walaupon pointer macam gampang, tapi aku bahagia di sini...



Monday, June 27, 2011

New offer !

Visitor yang ke 7000 aku belanja kfc snake plate. keh3




Friday, June 24, 2011

Aku bagi resume tipu, depa bagi harapan palsu. Sapa lagi shaiton ?

Patut nya dah dekat hujung bulan ini aku dah boleh bersenang lenang dengan gaji 5K pertama aku. Dan waktu hujung bulan ni la aku biasanya akan memilih pulau-pulau yang tidak berpenghuni untuk menenangkan fikiran selepas bekerja hempas kepala di sebuah syarikat perbankan terkemuka di Malaysia.

Eceh. Apa aku merepek ni ? Takpe. Go on je.

Senanya aku tak dapat keja lagi. Buat pengetahuan stalker sekalian, aku bukan malas nak carik kerja. Cuma aku malas nak start pegi kerja. Tengok . Ada bezakan ?

Sudah berpuluh interview aku pergi. Dari Aloq staq sampai ke Kuala Perlis sume interview aku sapu. Tapi bukan tak nak terima offer mereka. Cuma mereka yang tak nak terima offer aku. Ayoyo. Sedih sekali.

Dan sebagai seorang graduan yang mempunyai result nyawa-nyawa ikan , aku selalu berdoa kepada Tuhan agar mempermudahkan sesi temu duga aku kelak.

Di bawah merupakan dialog sewaktu sesi temu duga aku yg lepas. aku letak dlm blog sebab senang kepada sesiapa yang buat rujukan untuk sesi temu duga nanti.


Tipu 1 

Err. Mr. Amir. Actually, our company needs a supervisor to monitor our employees. But based on the resume given, u r too much qualified and respectful for this job. By the way, I’ll call ur later.

Tipu 2

Emang nya kedai tante ingin mencari bibik baru. Ooo walah. Ganteng amet ya kamu sih. Tante mau kamu kerja dengan tante serta merta boleh sih?

Tipu 3

What is ur name? Amir Ridzuan rite ? Yeah, ur name is very nice. And u r not suitable to work here because u r very nice person. We will recommend 2 u for the branch manager position.

Tipu 4

This company is very lucky today because u r here for the interview. Good luck. Pape hal kami roger !

Tipu 5

Comel nye adik ni. Nak datang interview ye ? alolo… cian nye dia. Nanti untie kasi borang nak isi ye. 


* berguna x ?


Kepada shaiton yang bernama Azim Korek, sumpah aku jelas kat ko. Jadi cikgu B.I kat sekolah rendah adalah pengalaman yg paling best. Income masyuk lak tuh. G kelas t bawak google translater la ko jim :P
Btw, Gud luck dude. First gaji mesej aku. Biar aku setting tempat kat mana nak habiskan gaji ko.

***

Oh ye.

Di kesempatan ini, aku nak cakap yang aku nak mintak maaf kat Izrol Ikbal sebab banyak buat salah kat ko.

Aku tau aku ni tak penah buat salah kat ko tapi aku nak mintak jugak.

Semoga Tuhan ampunkan dosa besar ko. Aku yakin dan percaya kita akan berjumpa di sana kelak.

Kami semua akan rindu kat ko. :'(





Ingat lagi tyme ni. Kita sume g bundle sebab nak cari baju kuliah ko. Time tu ko xde duit. Kami sume yang support ko. ( Izrol Ikbal berdiri paling kiri sekali)

Aku mintak maaf sebab xdapat lawat ko buat kali terakhir. sebab malam tu aku xde mood lepas kalah main judi dengan fikri. aku tau ko nazak. sebab tu aku xmau pegi.


* Scroll bawah






















*Lagi
































* Jangan malas !!!





































* Sikit lagi























* Sape yang tak kenal Izrol Ikbal mesti ingat budak ni dah takde . Aku pedajal ko sebab ko tak mau kemas kulit durian malam tadi. OOO… Pandai makan tak pandai kemas. Sampai aku maki wandin sebab kulit durian. sori wandin.Yeah ! Aku dendam. HAHA

*Sumpah aku baru tahu yang blog ini kita boleh kaler2 tulisan kita macam nak kaler hijau ke, kuning ke, merah ke, pink ke, nak kasi besar ke, nak kasi kecik pon boleh. Ni yang eksaited lebih nak tulis blog ni. Jumpa lagi di post terbaru saya 5 minit dari sekarang.

Thursday, June 23, 2011

Dude

Takpa. aku lupakan hajat aku.

Aku lepas kan kau dulu.

Gud luck !

:)

Tuesday, June 21, 2011

DIAri

Dalam 2 perkataan, aku nak rumuskan pengajaran yang aku dapat sepanjang hari ini iaitu :

"TERUSKAN KEHIDUPAN"









:)

Monday, June 20, 2011

P/S means Please see.

Dalam empat baris perkataan, inilah diari hidup aku untuk hari ini.
Isnin, 21 Jun 2011

Hidup, tak semesti berteman,
Tak berteman, tak semesti tak hidup.

Mati, tak semesti sendiri,
Sendiri, tak semesti mati.

Di buat oleh : Amir yang tak pernah bagus
:(

Friday, June 17, 2011

Siri Bercakap Dengan Kambing

satu hari, aku sembang dengan izrol budget ihsan (bukan nama samaran)

# "bal, aku nak keje part time kat watson". kata ku

* " baik tak payah. tu kan tempat 'kecantikan'..." ( tanpa menghabiskan ayat beliau lantas menyedut teo ais kegemaran beliau)
______________________________________________

sekarang ni, aku lihat perangai jahiliyah beliau yg suka ponteng kelas dah semakin hilang. alhamdulilah beliau sudah pulih dari ketagihan bantal busuk dan tilam hancing beliau.

______________________________________________

dengar gosip dari ahmad bub dan ahmad fikri, beliau amat menggemari gurauan teknik tak beri salam punya. bila beliau bergurau dengan kami, kami terpaksa menangkis dan berjaya. tetapi oleh kerana sifat2 malaikat yang ada dalam diri kami, kami terpaksa melayan walaupon kadang2 gurauan beliau bagai meminta tendangan kilas tepat ke arah testis beliau.

______________________________________________

Ada benda yang buat aku jeles sampai sekarang. nafsu makan beliau macam kerbau. tapi badan stil maintain. dem betoi !

______________________________________________

ada juga dengar kabar angin di mana beliau dikatakan menggemari bermain bola teknik terkangkang LOL

______________________________________________


ok. lastly, jum kite bicara tentang sifat malaikat beliau. mari kawan-kawan sekalian ...

selepas 3 jam berlalu ...

......................................... ( SUMPAH LOST ! )

Monday, June 13, 2011

Keluar pintu depan, masuk pintu belakang. YES!!! we have the winner

Baca saja tajuk post aku kali ni, sudah ramai yang nak maki aku. Silakan maki. Jauh sekali mintak puji. nak menyampah, silakan.

Sebagai ludahan pertama, sistem perbankan sekarang memang diwujudkan atas dasar untuk meng-kayakan pemegang saham itu sendiri.itu fakta. Kalau rajin search google then type annual book report for Bank Islam. apa yang korang jumpa ? apa beza annual report cimb, maybank dengan hong leong sume ? bagi pusing sikit otak tu. tak de beza kan? :p

Adalah satu hari tu. argue dengan sorang budak Islamic Banking kononnya. Dia kata ---> Riba' is prohibited in Islamic Banking. Apa yang bank sistem konvensional buat sekarang semua berdosa sebab tak menepati hukum2 syara'. Bila di tanya kepada si kawan tadi, apa beza profit dengan interest? Dia kata interest adalah pengambilan PROFIT yang berlebihan. tengok, die menggunakan perkataan "PROFIT" jugak.

aku tanya lagi, apa beza antara interest dengan riba'? dan si kawan kata tadi sama konsep.

cukup !
***********

and for sure, ramai yang panas hati bila aku membuka topic konsep @ kaedah perbankan konvensional di malaysia. ramai yang suka argue aku.dan ramai yang pro-Islamic Banking akan cakap sistem perbankan Islam di Malaysia betul2 menepati hukum syara', berlandaskan hadis dan musyawarrah para ulama.

Antara hujah pro-IB ialah mereka kata perbankan Islam bukan memperkenalkan skim pinjaman. perbankan Islam menggunakan sistem "pembiayaan". aik? bukan kah dalam konsep perbankan konvensional sudah diperkenalkan sistem pembiayaan ni atau "leasing" nama dia. atau masyarakat kita masih ragu2 jika term yang di gunakan oleh bank konvensional yang berbaur "Kristian".

Lagi katanya, proses jual-beli tersebut akan ada proses yang di panggil akad-jual beli. ada salam2, sain borang, ada saksi. hari tu aku pegi cimb kangar. nampak la 2 orang pelanggan (mungkin nak buat pinjaman) sedang berbincang di dalam cubicle pegawai cimb tersebut. siap minum kopi lagi. gelak2. salam2 sume. so, apa beza nya ?


then, terfikir gak aku. what will happen to the borrower if they default in their payment ? Ada bank Islam nak cakap "XPE LAH. KITA SEDEKAH JE LA KAT SI ANU TU".

tidak sama sekali. jangan harap la. proses masih sama dengan kaedah konvensional. notis, harta benda akan dirampas dan tunggu 2.3 minggu notis orang yang bankrap akan sampai di depan pintu rumah anda. haha

rupa2 nya, konsep perbankan islam ni dah lama didebatkan oleh para sarjana luar negara sana. antara Umar Vadillio.

Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.

Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali
(double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan.




Kawan2. Tolong jgn cepat terima suma barangan @ produk yang berlabelkan Islam. Tidak semua produk2 ISLAM yang berada di pasaran sekarang betul2 Islam. Kelemahan bangsa melayu yang cepat tertarik atau terikut dengan tagline "Islam" itu sendiri. come on la.

banyak pihak kat Malaysia ni menggunakan umpan "islam" dan "halalan toyyiban" unutk melariskan sesuatu produk mereka. Hope kat malaysia lepas ni keluar la produk "petrol muslim", "laptop muslim", "Tv muslim". teringat beberapa tahun yang lepas, sebuah syarikat mengeluarkan capal nabi.
maaf cakap. aku bukan anti produk @ ANTI ISLAM.



ok. dah nak abis da ni.

bagi aku, konsep perbankan Islam ni hanya ISTILAH yang di guna pakai oleh pihak bank itu sendiri. macam kerajaan Kelantan memperkenalkan konsep Kota bandaraya Islam. atau macam kerajaan Pak Lah dulu memperkenalkan konsep Islam Hadhari. ada beza antara Kota Bharu dengan Kuala Lumpur ? ada beza antara Islam sebelum Pak Lah dengan Islam semasa Mahathir ? bukan nya kes rogol tak berlaku kat kelantan ? Ini sebagai metafora. maksud aku, tak guna ubah segala istilah @ nama untuk sesuatu sistem yang lebih islamik, tetapi jika konsep dan tata cara penggunaan masih sama maka semua nya akan menjadi sia2. itu saja.

KADANG- KADANG ADA INDIVIDU YANG MEREKA ATAU MENGGUNA PAKAI ISTILAH YANG DI REKA2 UNTUK KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI.


Written by : aku yang tak pandai

Friday, April 29, 2011

Cerpen Melayu Terpendek !

" cuba kau cerita pada aku, syaitan jenis apa yang merasuk kau? "

Huraian :

1) 'cuba kau cerita pada aku adalah ayat pertama dalam cerpen tersebut'. ia menyentuh mengenai sikap penulis yang ingin tahu dan rakus dalam menyoal mengenai sesuatu yang tidak diketahui.

2) 'syaitan jenis apa yang merasuk kau?'. ayat kedua penulis pula berkisar mengenai hukum Islam di mana syaitan di jadikan sebagai metafora bagi menggantikan sifat manusia yang jahil dari segi ilmu dan sanggup menjadikan syaitan sebagai raja dalam memperhukumkan sesuatu perbuatan.

Tuesday, April 26, 2011

please dont = sila jangan

=,=

tolong la

jangan buat aku susah hati

Tuesday, March 29, 2011

kadang2

Rasa nya udah lama x update blog. Fuhh fuhh.tiup sikit. Dah bersarang gamak nya blog aku ni. Bukan x singgah kadang2. Hanya sekadar lalu tanpa mahu meninggalkan tanda. Seperti aku melalui blog hea misalannya. Sekadar lalu tanpa mahu singgah. MALAS !

Kadang2 ada kejadian biasa, yang jika kita lihat kembali, boleh membuatkan kita tersenyum sendiri. :D
Dan malam tadi perasaan itu datang kembali. Aku tak undang, automatic dia datang.

Malam tadi aku makan malam bertemankan nasi goreng biasa dan teh ais. Boleh di katakan itu rutin sama setiap malam. Ok. Lupakan perihal nasi goreng yang biasa dan teh ais terlebih susu. aku benci.

Kadang2 aku lupa untuk bertanya khabar pada si “dia”. Kadang2, (tapi x selalu) aku ingat yang “dia” tak ingat kat aku. Kadang2 jugak aku tak sedar apa yang aku cakap, apa yang aku luah, apa yang aku buat, apa bahasa aku guna, apa yang aku ketawa, apa yang aku ungkit, apa yang aku tengok, apa yang aku lupa, apa yang aku suka, apa yang aku benci, apa yang aku itu, apa yang aku ini, apa yang aku. sudah !!!

aku bukan malaikat. jauh sekali Nabi junjungan. jauh sgt. aku hanya manusia (kalau layak di gelar manusia). asal aku dari pancutan air mani ayah aku,lantas bersenyawa lah bersama ovum dari rahim mak aku.



Ahh…

Perasaan gila babi apa ni ???

Monday, March 14, 2011

sejarah x pernah lupa :')



serius ni, kita bukan tuhan. memang langsung tak layak untuk dipuji. tapi jangan maki.

dan masing2 pernah melakukan sejarah. hitam atau putih itu aku tak pasti. tapi yang aku pasti sejarah hitam yang akan lebih seronok untuk dikenang ketika mengopi bersama teman.


aku tak pernah berdoa kat tuhan supaya aku dpt undurkan saja masa lalu supaya aku dapat betulkan keadaan sekarang. langsung x pernah. sebab aku selesa dgn sejarah masa lampau aku.

cuma lepas ni, nasihat aku tolong jangan ulangi sejarah yang hitam. kadang2 kita masih tak sedar yg sejarah hitam itu masih lagi kita ulangi pada masa kini.

Saturday, March 5, 2011

patience comes with the "bag" :)

this is my 2nd PUMA stuff. A sling bag. Finally can dispose my old bag which has been used for a couple of years (sem4-sem6).nape sem 6??? hahaha


but, my little deep of my heart said the bag is like wat kampong folks carrying their stuff like kelapa, banana or payapa. senang citer, beg tu beso guni. the bag is big n too much color on it.adoi.Spotted this PUMA bag a few days earlier wit izrol ihsan, i like it at 1st sight. the tokeh said its nice. suit wit my body. pandai la ko. nak laku punye pasal.siap puji melangit tuh.

Well, another $80 gone. damn!!!

Sunday, February 20, 2011

ahad 20/2/2011

semalam karok. semalam futsal.

hari ni g jitra.layan the mechanic. mane tak sakit badan =)

tapi puas hati.


tengs kpd ad,azri dan ikbal.

Wednesday, February 16, 2011

cakap pandai la..try buat tengok !

kadang - kadang, kita selalu lupa.

kawan yang kita selalu kata belakang, kawan yang selalu kita pijak kepala, kawan yang selalu kita maki; orang itu lah yang pertama sekali yang akan tolong kita waktu kita susah.

kehidupan memang pelik bukan?

bukan aku x sayang kawan. ada sampai satu tahap aku lebih sayang kawan aku dari aku sayang keluarga aku sendiri ( TOLONG JANGAN TANYA KENAPA.TQ )

aku tahu "ang" tgh baca post ni. aku maaf kan ang. ang pon maaf kan la ak. sekarang bukan masa nak carik salah sape. cuma ak x dapat hidayah lagi. tunggu la sok lusa. =)


p/s esok ade quiz. konfirm fail. u know what, i dont give a damn !!! n im proud wit my failure.

Tuesday, February 15, 2011

Forgiveness is not easy

SELALU jugak aku pikir benda ni.buntu aku. kadang-kadang, kita lagi senang nak mintak maaf dengan orang yg kita langsung tak kenal berbanding dengan orang yang kita kenal dan RAPAT.

CONTOH nya begini. slalu kita tersinggul bahu di stesen bus. atau tersepak kaki kawan ketika bermain bola sepak. mulut kita akan menyebut "sorry" atau "maaf" secara automatik. pelik bukan?

BERBANDING dengan orang yang kita kenal dan selalu kita rapat. sebesar mana pun kesalahan kita kat dia, memang langsung tak senang nak ucap maaf.

MUNGKIN faktor ego yang menyebabkan jadi gituh.

POST ini ditujukan kepada diri sendiri. selagi kita ada mak ayah kakak abang adik, juz asking them for forgiveness. at first, it might be not easy. it wud be good for u. and me.

Sunday, February 6, 2011

travelogi backpackers

Moto perjalanan kami hari ini : Tomorrow, we will focus on our journey. Not our destination =)

10:32am, Sat 29-01-2011 : Bertolak dari Arau. Lewat 5 jam dari planning. Ya Allah, selamatkan lah perjalanan kami. Amin =)

11.56, Sat 29-01-2011 : Sampai di Gurun. Aku order laksa. Pastu berak. Ikbal pon berak.haha

01:14, Sat 29-01-2011 : Bertolak.

01:57pm, Sat 29-01-2011 rehat d r n r sg juru.penang yg sesak. I hate dis situation. Huh! :( tp cuaca menyebelahi kami.redup dan mendung. Ada balance 240 km lg.sakit nye pinggang.best nye ade isteri tlg urut.huhu.

02:07pm, Sat 29-01-2011 kuasa tuhan.hujan lebat.adeh.. Berkira2 utk menyambar sebiji kereta audi.duit bukan masalah. =p

02:39pm, Sat 29-01-2011 perjalanan bermula

05:12pm, Sat 29-01-2011 mkn d bkt gantang. Cilakak punye burung. Ampa kenduri nasi ak no…arghh…!!!

05:50pm, Sat 29-01-2011perjalanan di sambung.

07:13pm, Sat 29-01-2011 benti kat simpang pulai. Ikbal beli “kcang rebus”.perjalanan yg mcm hell.btw.i enjoy,misi mencari durian. hampeh. X jumpa

07:48pm, Sat 29-01-2011gerak.

08:54pm, Sat 29-01-2011rehat di bidor. Lepak mamak. Sambil mencari tempat melepaskan urine. Sayu hati aku sebab kalo dulu,da sampai umah da kat sungkai. Skang jauh lagi pejalanan.

09:23pm, Sat 29-01-2011 gerak lg

11:06pm, Sat 29-01-2011 benti makan di gedangsa..penat gampang. Ak tertido tas meja siap kuar air liur (ngences) haha…

11:41pm, Sat 29-01-2011 gerak

12:52am, Sun 30-01-2011 sampai umah. And the end~~~

Total money spent : RM 70 ++

Total time spent : kira r sendiri

Total experience spent : Priceless~

p/s notes ini di tulis di setiap destinasi persinggahan kami.

Friday, January 21, 2011

From sungkai to kechau, pahang ~




~aku bangga perak "ber-bin kan" darul RIDZUAN ~

sungkai @ trolak utara, perak akan menjadi sebahagian sejarah dalam hidup aku. pahit atau manis, itu off record.

kalau masih di sungkai, tidak akan menjadi masalah langsung kalau nak hang out bersama ikbal and his geng. cakap saje pukul berapa mahu jumpa, on time aku tunggu depan " butik bundle".

abah aku kata, beliau start kerja dengan felda di sungai koyan, pahang maka beliau mahu tamatkan zaman kerjaya-nya di suatu tempat yang sangat dekat dengan hati beliau.

kepada satu-satunya sahabat aku di perak (k.e), sory bro..aku terpaksa ikut bapak aku. pasne ko hang out la ngan joe or ngan kembo..keh3

p/s hati aku hanya satu

Wednesday, January 5, 2011

diari 1

stat taun 2011, aku ase ak nak update sume aktibiti aku. bukan ape, utk kenangan masa depan.=)

rabu
5 jan 2011

rini men futsel kat pauh. oleh kerana da berkurun x exercise, pastu isap kok mcam naga, men 2 game da ase nak pitam. btw, aku hampir manjaringkan gol of the match.cuma palang gol yg tidak mengizinkan. kalo gol la td, setaun la amir abah kena bahan... :-D

then, ak telah dirembat oleh boh azri. ape salah aku boh? nape wat ak gini...huhu

k la. nak tido. kapal da nak landing ats airport.

p/s mood nak g kelas mmg zero...

Tuesday, November 23, 2010

ari aji nye hal..

Adalah waktu petang raya haji lepas, aku dlm otw balik sungkai, singgah sebentar di sebuah gerai makan. Ade 2 pelanggan. Aku dan seorang pakcik tua. Aku amek port tak jauh dr pakcik tua tu.

Tanya si gadis “maw minum apa?”

Aku jawab “teh panas, kurang manis”

Tambah si gadis “ makan?”

Aku menjeling pakcik tua td. Mmm…pulut dengan ikan gelama kering. Perghh…cam best.

“kak, nak cam gitu” . aku tunjuk pinggan pakcik tu.

Gadis tadi angguk lalu pergi…

Kemudian…

Pakcik tua td panggil gadis td. Di suruh nya kira. Usai membayar, pakcik tu berlalu pergi menaiki kereta datsun tahun 1990 kira ku.

Gadis tadi separuh ketawa dan menjerit “KUAT BETOL PAKCIK NI MAKAN. LAPO SGT LA TUH. HAHAHA”

Aku diam. Aku tengok pinggan aku. Aku nampak muka. Licin bebeno. Aiseh. Malu nya. Apa lah yang deme nak kata kat aku nant. Budus punye kedai makan. Kalo org makan abis licin tu syukur la. Tak yah nak memerli.

Oleh kerana guruh da bunyi, ak decide nak gerak. Bio la deme nak kate ape.

“kak, kira sume”

“3.50 je dik..hik hik”

Babi. Leh ketawa lak…

Sumpah aku tak mo singgah kat kedai racist tu lagi !!!

Friday, November 5, 2010

Galas dan Batu Sapi =)

semalam. ada la sembang dengan seorang sahabat. pasal galas dengan batu sapi. bukan isu besar pun. cuma BN menang. PR kalah. isu besar ? TAK... menang besar ? YES !!!

pertama sekali, ini bukan blog provokasi politik. bukan juga blog keji - memaki. paham ? bagus sekali. nah 2 kupang.

takziah PR kalah. orang kata takde rezeki. atau lebih tepat lagi "DAH TAK DE ORANG NAK UNDI".

maksud aku, bukan xde langsung orang nak undi. ada. tapi sikit. harap jangan kecil hati. diulang, ini bukan blog provokasi.

btw, aku hormat kawan-kawan yang memilih PARTI BULAN PENUH atau PARTI BULAN GERHANA atau yang lebih extrem, PARTI ROKET. ada ke yang undi roket ? ada. aku percaya seorang yang akan undi roket. rumate aku.. haha..

kita berkawan bukan atas dasar parti bukan ?

:'')

************************************************


p/s : jom daftar sebagai pengundi. dengar kata Pilihan Raya 13 is tahun depan. jom pangkah dacing. undi aku tidak rahsia. =) * ISLAM IS THE WAY OF MY LIFE. no doubt~~~