p/s:pertama sekali,aku nak mintak maaf kepada beberapa orang SAHABAT aku kerna menerbitkan post ini...walaupon kita berlainan ideologi politik,tapi aku masih yakin dan percaya kita masih mempunyai matlamat yang sama yakni memajukan agama,bangsa dan negara kita...
hormati aku,nescaya beribu-ribu kali aku akan menghormati kalian
************************
Tun,
sudah hampir 9 tahun Tun meninggalkan kabinet...
macam baru semalam Tun memberikan ucapan yg ringkas tetapi cukup terkesan kpd seluruh rakyat malaysia...
20 tahun bukan tempoh yang pendek Tun...byk projek dan kemajuan yg malaysia dah capai... mengapa mesti kau pergi Tun...
takpe lah...sudah sampai seru untuk Tun mengundurkan diri dari dunia politik ni...aku doakan supaya kau sihat2 saja
JAHIL nya aku sebab menyayangi Tun...
kerna Tun lah yg menyebabkan aku menaiki LRT dari KLCC ke Pasar Seni
JAHIL nya aku sebab mengagumi Tun...
kerna Tun lah yg menyebabkan krisis ekonomi 1997 mendapatkan kesan yg terlalu kecil berbanding negara2 asean yg lain...
JAHIL nya aku sebab menghormati Tun...
kerna Tun lah seorang pemimpin ISLAM yg berani mengutuk keras kekejaman Israel dan kejahatan amerika di persidangan agung PBB...
aku terlalu merindui mu TUN
=(