hoi...meh la singgah !!!!

Walaupon pointer macam gampang, tapi aku bahagia di sini...



Friday, September 23, 2011

Pencuri Emas Yang Misterious ( Siri 1)

Oleh sebab harga emas turun sekarang, aku hasut kawan baik aku untuk beli sekilo emas. Tapi memandangkan kawan aku tadi hanya mempunyai sekilo duit syiling 5 kupang,aku menasihati beliau untuk membeli suku troy emas (bersamaan dengan RM 14++). 

*untuk makluman, suku troy mempunyai diameter sebesar duit syiling 5 sen dan mempunyai 99.9% ketulenan emas.

Oleh kerana beliau telah membeli emas fizikal, makna nya beliau akan menyembunyikan emas beliau di tempat yang tersorok dan mungkin tidak masuk akal. 

Di bawah merupakan hipotesis awal tempat penyembunyian emas troy beliau :

1) Hipotesis 1

- Oleh kerana beliau membeli emas fizikal maka beliau akan menyimpan emas tersebut di dalam loker aku.

2) Hipotesis 2

- Oleh kerana beliau membeli emas fizikal maka beliau akan menyimpan emas tersebut di bawah seat motor.

3) Hipotesis 3

-Oleh kerana beliau membeli emas fizikal maka beliau akan simpan di peti sejuk.

4) Hipotesis 4

- Oleh kerana beliau membeli emas fizikal maka beliau akan simpan di ASB.


Makin buntu aku. Beliau sekarang makin susah untuk di ajak keluar tengok bola walaupun beliau baru mendapat hidayah yang liverpol kempunan piala lagi season ini. 

Aku harus mencari jalan !!!

Aku mendapat satu akal. yeah. hope berjaya. 


bersambung ...