hoi...meh la singgah !!!!

Walaupon pointer macam gampang, tapi aku bahagia di sini...



Tuesday, November 23, 2010

ari aji nye hal..

Adalah waktu petang raya haji lepas, aku dlm otw balik sungkai, singgah sebentar di sebuah gerai makan. Ade 2 pelanggan. Aku dan seorang pakcik tua. Aku amek port tak jauh dr pakcik tua tu.

Tanya si gadis “maw minum apa?”

Aku jawab “teh panas, kurang manis”

Tambah si gadis “ makan?”

Aku menjeling pakcik tua td. Mmm…pulut dengan ikan gelama kering. Perghh…cam best.

“kak, nak cam gitu” . aku tunjuk pinggan pakcik tu.

Gadis tadi angguk lalu pergi…

Kemudian…

Pakcik tua td panggil gadis td. Di suruh nya kira. Usai membayar, pakcik tu berlalu pergi menaiki kereta datsun tahun 1990 kira ku.

Gadis tadi separuh ketawa dan menjerit “KUAT BETOL PAKCIK NI MAKAN. LAPO SGT LA TUH. HAHAHA”

Aku diam. Aku tengok pinggan aku. Aku nampak muka. Licin bebeno. Aiseh. Malu nya. Apa lah yang deme nak kata kat aku nant. Budus punye kedai makan. Kalo org makan abis licin tu syukur la. Tak yah nak memerli.

Oleh kerana guruh da bunyi, ak decide nak gerak. Bio la deme nak kate ape.

“kak, kira sume”

“3.50 je dik..hik hik”

Babi. Leh ketawa lak…

Sumpah aku tak mo singgah kat kedai racist tu lagi !!!

Friday, November 5, 2010

Galas dan Batu Sapi =)

semalam. ada la sembang dengan seorang sahabat. pasal galas dengan batu sapi. bukan isu besar pun. cuma BN menang. PR kalah. isu besar ? TAK... menang besar ? YES !!!

pertama sekali, ini bukan blog provokasi politik. bukan juga blog keji - memaki. paham ? bagus sekali. nah 2 kupang.

takziah PR kalah. orang kata takde rezeki. atau lebih tepat lagi "DAH TAK DE ORANG NAK UNDI".

maksud aku, bukan xde langsung orang nak undi. ada. tapi sikit. harap jangan kecil hati. diulang, ini bukan blog provokasi.

btw, aku hormat kawan-kawan yang memilih PARTI BULAN PENUH atau PARTI BULAN GERHANA atau yang lebih extrem, PARTI ROKET. ada ke yang undi roket ? ada. aku percaya seorang yang akan undi roket. rumate aku.. haha..

kita berkawan bukan atas dasar parti bukan ?

:'')

************************************************


p/s : jom daftar sebagai pengundi. dengar kata Pilihan Raya 13 is tahun depan. jom pangkah dacing. undi aku tidak rahsia. =) * ISLAM IS THE WAY OF MY LIFE. no doubt~~~