banyak benda nak diceritakan. tapi cukup lah dengan cerita cut n paste je. bukan ape, sebab malas nak difirkan balik kisah lampau.
ada banyak benda yg berlaku oktober bulan lepas. banyak pahit tapi yang manis tetap ada.
banyak orang kata aku ego. aku setuju. semua orang ada ego. yang bezanya antara ego aku dengan kau ialah tinggi nya ego aku, rendah nya ego kau. deal ?
banyak kali aku ingat kan diri aku. keluar dari uitm, jangan buat musuh. kalau boleh, pergi sejauh yang mungkin. jangan ingat apa apa lagi.
walaupun aku sudah lari dari study plan uitm yang asal, tapi aku bersyukur. sebab aku masih dapat belajar. tak kisah orang nak kata aku apa. maksud aku, bukan tak kisah sangat. kecil hati sikit. tapi it's ok kawan.
ada satu hari dalam bulan oktober lepas, aku jadi down. bukan sampai sindrom down. cukup setakat sedih yang amat. aku tahu itu ujian. walaupun tidak keluar carry mark, tapi aku yakin result dia akan di pamerkan waktu off screen nanti ( akhirat ).
pernah sekali dalam bulan oktober juga, aku hampir hilang seorang sahabat. kadang-kadang, kita bercakap tak guna akal. banyak guna hati dari guna otak. tu yang jadi. tapi sekarang aku agak keadaan dah kembali normal. maaf kan aku.
oktober....bulan penuh air mata