hoi...meh la singgah !!!!

Walaupon pointer macam gampang, tapi aku bahagia di sini...



Wednesday, July 13, 2011

Hari Pertama dan Bukan Terakhir Bekerja

Sebagai seorang lelaki, aku tidak mampu untuk menunjukkan rasa terharu dan terima kasih kepada sahabat aku yang banyak membantu aku.

Dengan 3 helai kemeja recycle pemberian Ikbal dan sebatang pen berjenama pemberian Dino, aku rasa cukup bersemangat untuk melangkah kaki pada hari pertama aku bekerja.

Ketika menaiki anak tangga pejabat, aku bermonolog dalam hati.

" Gila babi ape keputusan ko ni, mir? "

" Ko dah pikir masak-masak ke dengan keputusan ko ni? "

Satu persatu wajah orang yang aku sayang menerpa dalam cpu otak aku.

Aku cuba tiup suara-suara gampang yang cuba menggangu mood hari pertama aku berkerja.

" fuhhh... fuhhh ... "

Masih ada lagi

" Fuhhhhhhhhhhhhhhh... fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... "

Kali ini lebih keras. Alhamdulillah aku berjaya.

Demi Tuhan, dekat 10 minit aku pegang tombol pintu. Tenaga aku semacam hilang kuasa bila memikirkan keputusan yang aku lakukan ini.

Kali ini aku naked. Errr. Maksud aku nekad.

Dengan lafaz Bismillah dan bertawakal kepada Allah, aku berdoa supaya aku diberi kekuatan untuk menempuhi apa saja halangan yang mendatang.

" Krekkkkkkkkkkkk..." . Aku buka pintu.

Kedatangan aku disambut dengan senyuman manis oleh seorang staff wanita yang cantik jelita. Bibirnya iras Angelina Jolie. Tahi lalat yang penuh di muka di biarkannya tanpa segan walaupun tahi itu tidak busuk. Dia cuba melemparkan senyuman manis kepada aku. Aku mengelak. Jual mahal kononnya.

Sekali lagi aku bermonolog sendiri.

" Sememangnya dia adalah jodoh aku...Aku buat keputusan yang tepat !!! "

o yeahhhh...... bai bai

Sunday, July 3, 2011

Konspirasi jahat

Aku rasa ada konspirasi jahat nak menjatuhkan aku dari kumpulan bunga matahari.

Buktinya, Dino dan Ikbal sudah tidak mahu bercakap sepatah haram dengan aku waktu aku melepak dengan dorang malam tadi.

Mentang-mentang lah aku minum kopi o panas kurang manis.

Mentang-mentang lah dorang minum teh ais.

Kira muda sangat lah ?

Racist !!!