hoi...meh la singgah !!!!

Walaupon pointer macam gampang, tapi aku bahagia di sini...



Friday, September 23, 2011

Pencuri Emas Yang Misterious ( Siri 1)

Oleh sebab harga emas turun sekarang, aku hasut kawan baik aku untuk beli sekilo emas. Tapi memandangkan kawan aku tadi hanya mempunyai sekilo duit syiling 5 kupang,aku menasihati beliau untuk membeli suku troy emas (bersamaan dengan RM 14++). 

*untuk makluman, suku troy mempunyai diameter sebesar duit syiling 5 sen dan mempunyai 99.9% ketulenan emas.

Oleh kerana beliau telah membeli emas fizikal, makna nya beliau akan menyembunyikan emas beliau di tempat yang tersorok dan mungkin tidak masuk akal. 

Di bawah merupakan hipotesis awal tempat penyembunyian emas troy beliau :

1) Hipotesis 1

- Oleh kerana beliau membeli emas fizikal maka beliau akan menyimpan emas tersebut di dalam loker aku.

2) Hipotesis 2

- Oleh kerana beliau membeli emas fizikal maka beliau akan menyimpan emas tersebut di bawah seat motor.

3) Hipotesis 3

-Oleh kerana beliau membeli emas fizikal maka beliau akan simpan di peti sejuk.

4) Hipotesis 4

- Oleh kerana beliau membeli emas fizikal maka beliau akan simpan di ASB.


Makin buntu aku. Beliau sekarang makin susah untuk di ajak keluar tengok bola walaupun beliau baru mendapat hidayah yang liverpol kempunan piala lagi season ini. 

Aku harus mencari jalan !!!

Aku mendapat satu akal. yeah. hope berjaya. 


bersambung ...












Wednesday, September 21, 2011

Kata Hati

Aku seorang yang terlalu percaya kepada kata hati.

Kerana aku yakin kata hati itu petunjuk dari Tuhan.

Kalau kata hati itu datang nya dari syaitan, matilah aku !!!

Apa pun yang nak jadi lepas ni, jadi lah.


Monday, September 5, 2011

Karak = karaK

Nama aku amir. tapi ada 3 ekor tenuk yang panggil aku taugeh. aku tak tahu kenapa. dan aku bukan nak membincangkan pasal nama samaran taugeh itu. jauh sekali nak bincang kenapa orang putih lebih suka makan salad mentah dari taugeh mentah.

Nasib badan, raya ke 3 baru dad aku baru dapat balik raya ke Selangor. maka perjalanan pon bermula seawal 3 pagi. Nak elak panas kata dad aku. Iye lah dad oi.

Perjalanan dari K. Lipis --- Raub --- Bentong takde masalah. Lancar. Kenderaan pon tak ramai. Tapi sesekali kena potong dengan lori balak cuak jugak. Sampai Janda Baik, ayah aku belok kiri masuk highway karak.

Aku slow kan sikit air cond. Tarik selimut. pejam mata kuat - kuat. Tapi aku tetap tak dapat lelap mata. Aku on radio. Kedengaran lagu Cinta Muka Buka oleh Najwa Latif dimainkan. Ahhh..Lirik sampah. Aku ketawa sinis.

Masuk je terowong genting sempah, kereta jadi sunyi sepi. Biasa la. Radio pon senyap. Channel takde.

Keluar je terowong, dad aku slow kan kerete ketika menuruni cerun. Menara K.L sudah sayup-sayup kelihatan.

Anak buah aku yang umur nye lebih kurang 2 tahun setengah tengok ke luar tingkap.

Dia kata "Banyak nye stars"

Tak lama kemudian, dia menambah "Banyak nya hantu terbang"

Punya lah aku terkejut. Rasa macam nak baling anak buah aku keluar dari tingkap pulak.Of kos la being a man pon boleh kecut teluq bila budak kecik cakap pasal hantu-hantu ini pagi buta. Tambah-tambah bila lalu karak.

Nak cerita lagi pasal anak buah aku yang sorang ini. Waktu raya kat rumah arwah nenek aku dekat Sabak Bernam, mak aku nampak dia masuk ke bilik arwah nenek aku. Mak aku intai, dia tengah bermain sambil ketawa seperti sedang bermain dengan seseorang.
Seram sial !

Sejak dari peristiwa itu, aku sudah tidak membenarkan si kecil itu menumpang kereta aku lagi.