Baca saja tajuk post aku kali ni, sudah ramai yang nak maki aku. Silakan maki. Jauh sekali mintak puji. nak menyampah, silakan.
Sebagai ludahan pertama, sistem perbankan sekarang memang diwujudkan atas dasar untuk meng-kayakan pemegang saham itu sendiri.itu fakta. Kalau rajin search google then type annual book report for Bank Islam. apa yang korang jumpa ? apa beza annual report cimb, maybank dengan hong leong sume ? bagi pusing sikit otak tu. tak de beza kan? :p
Adalah satu hari tu. argue dengan sorang budak Islamic Banking kononnya. Dia kata ---> Riba' is prohibited in Islamic Banking. Apa yang bank sistem konvensional buat sekarang semua berdosa sebab tak menepati hukum2 syara'. Bila di tanya kepada si kawan tadi, apa beza profit dengan interest? Dia kata interest adalah pengambilan PROFIT yang berlebihan. tengok, die menggunakan perkataan "PROFIT" jugak.
aku tanya lagi, apa beza antara interest dengan riba'? dan si kawan kata tadi sama konsep.
cukup !
***********
and for sure, ramai yang panas hati bila aku membuka topic konsep @ kaedah perbankan konvensional di malaysia. ramai yang suka argue aku.dan ramai yang pro-Islamic Banking akan cakap sistem perbankan Islam di Malaysia betul2 menepati hukum syara', berlandaskan hadis dan musyawarrah para ulama.
Antara hujah pro-IB ialah mereka kata perbankan Islam bukan memperkenalkan skim pinjaman. perbankan Islam menggunakan sistem "pembiayaan". aik? bukan kah dalam konsep perbankan konvensional sudah diperkenalkan sistem pembiayaan ni atau "leasing" nama dia. atau masyarakat kita masih ragu2 jika term yang di gunakan oleh bank konvensional yang berbaur "Kristian".
Lagi katanya, proses jual-beli tersebut akan ada proses yang di panggil akad-jual beli. ada salam2, sain borang, ada saksi. hari tu aku pegi cimb kangar. nampak la 2 orang pelanggan (mungkin nak buat pinjaman) sedang berbincang di dalam cubicle pegawai cimb tersebut. siap minum kopi lagi. gelak2. salam2 sume. so, apa beza nya ?
then, terfikir gak aku. what will happen to the borrower if they default in their payment ? Ada bank Islam nak cakap "XPE LAH. KITA SEDEKAH JE LA KAT SI ANU TU".
tidak sama sekali. jangan harap la. proses masih sama dengan kaedah konvensional. notis, harta benda akan dirampas dan tunggu 2.3 minggu notis orang yang bankrap akan sampai di depan pintu rumah anda. haha
rupa2 nya, konsep perbankan islam ni dah lama didebatkan oleh para sarjana luar negara sana. antara Umar Vadillio.
Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.
Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali
(double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan.
Kawan2. Tolong jgn cepat terima suma barangan @ produk yang berlabelkan Islam. Tidak semua produk2 ISLAM yang berada di pasaran sekarang betul2 Islam. Kelemahan bangsa melayu yang cepat tertarik atau terikut dengan tagline "Islam" itu sendiri. come on la.
banyak pihak kat Malaysia ni menggunakan umpan "islam" dan "halalan toyyiban" unutk melariskan sesuatu produk mereka. Hope kat malaysia lepas ni keluar la produk "petrol muslim", "laptop muslim", "Tv muslim". teringat beberapa tahun yang lepas, sebuah syarikat mengeluarkan capal nabi.
maaf cakap. aku bukan anti produk @ ANTI ISLAM.
ok. dah nak abis da ni.
bagi aku, konsep perbankan Islam ni hanya ISTILAH yang di guna pakai oleh pihak bank itu sendiri. macam kerajaan Kelantan memperkenalkan konsep Kota bandaraya Islam. atau macam kerajaan Pak Lah dulu memperkenalkan konsep Islam Hadhari. ada beza antara Kota Bharu dengan Kuala Lumpur ? ada beza antara Islam sebelum Pak Lah dengan Islam semasa Mahathir ? bukan nya kes rogol tak berlaku kat kelantan ? Ini sebagai metafora. maksud aku, tak guna ubah segala istilah @ nama untuk sesuatu sistem yang lebih islamik, tetapi jika konsep dan tata cara penggunaan masih sama maka semua nya akan menjadi sia2. itu saja.
KADANG- KADANG ADA INDIVIDU YANG MEREKA ATAU MENGGUNA PAKAI ISTILAH YANG DI REKA2 UNTUK KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI.
Written by : aku yang tak pandai