hoi...meh la singgah !!!!

Walaupon pointer macam gampang, tapi aku bahagia di sini...



Monday, June 13, 2011

Keluar pintu depan, masuk pintu belakang. YES!!! we have the winner

Baca saja tajuk post aku kali ni, sudah ramai yang nak maki aku. Silakan maki. Jauh sekali mintak puji. nak menyampah, silakan.

Sebagai ludahan pertama, sistem perbankan sekarang memang diwujudkan atas dasar untuk meng-kayakan pemegang saham itu sendiri.itu fakta. Kalau rajin search google then type annual book report for Bank Islam. apa yang korang jumpa ? apa beza annual report cimb, maybank dengan hong leong sume ? bagi pusing sikit otak tu. tak de beza kan? :p

Adalah satu hari tu. argue dengan sorang budak Islamic Banking kononnya. Dia kata ---> Riba' is prohibited in Islamic Banking. Apa yang bank sistem konvensional buat sekarang semua berdosa sebab tak menepati hukum2 syara'. Bila di tanya kepada si kawan tadi, apa beza profit dengan interest? Dia kata interest adalah pengambilan PROFIT yang berlebihan. tengok, die menggunakan perkataan "PROFIT" jugak.

aku tanya lagi, apa beza antara interest dengan riba'? dan si kawan kata tadi sama konsep.

cukup !
***********

and for sure, ramai yang panas hati bila aku membuka topic konsep @ kaedah perbankan konvensional di malaysia. ramai yang suka argue aku.dan ramai yang pro-Islamic Banking akan cakap sistem perbankan Islam di Malaysia betul2 menepati hukum syara', berlandaskan hadis dan musyawarrah para ulama.

Antara hujah pro-IB ialah mereka kata perbankan Islam bukan memperkenalkan skim pinjaman. perbankan Islam menggunakan sistem "pembiayaan". aik? bukan kah dalam konsep perbankan konvensional sudah diperkenalkan sistem pembiayaan ni atau "leasing" nama dia. atau masyarakat kita masih ragu2 jika term yang di gunakan oleh bank konvensional yang berbaur "Kristian".

Lagi katanya, proses jual-beli tersebut akan ada proses yang di panggil akad-jual beli. ada salam2, sain borang, ada saksi. hari tu aku pegi cimb kangar. nampak la 2 orang pelanggan (mungkin nak buat pinjaman) sedang berbincang di dalam cubicle pegawai cimb tersebut. siap minum kopi lagi. gelak2. salam2 sume. so, apa beza nya ?


then, terfikir gak aku. what will happen to the borrower if they default in their payment ? Ada bank Islam nak cakap "XPE LAH. KITA SEDEKAH JE LA KAT SI ANU TU".

tidak sama sekali. jangan harap la. proses masih sama dengan kaedah konvensional. notis, harta benda akan dirampas dan tunggu 2.3 minggu notis orang yang bankrap akan sampai di depan pintu rumah anda. haha

rupa2 nya, konsep perbankan islam ni dah lama didebatkan oleh para sarjana luar negara sana. antara Umar Vadillio.

Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.

Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali
(double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan.




Kawan2. Tolong jgn cepat terima suma barangan @ produk yang berlabelkan Islam. Tidak semua produk2 ISLAM yang berada di pasaran sekarang betul2 Islam. Kelemahan bangsa melayu yang cepat tertarik atau terikut dengan tagline "Islam" itu sendiri. come on la.

banyak pihak kat Malaysia ni menggunakan umpan "islam" dan "halalan toyyiban" unutk melariskan sesuatu produk mereka. Hope kat malaysia lepas ni keluar la produk "petrol muslim", "laptop muslim", "Tv muslim". teringat beberapa tahun yang lepas, sebuah syarikat mengeluarkan capal nabi.
maaf cakap. aku bukan anti produk @ ANTI ISLAM.



ok. dah nak abis da ni.

bagi aku, konsep perbankan Islam ni hanya ISTILAH yang di guna pakai oleh pihak bank itu sendiri. macam kerajaan Kelantan memperkenalkan konsep Kota bandaraya Islam. atau macam kerajaan Pak Lah dulu memperkenalkan konsep Islam Hadhari. ada beza antara Kota Bharu dengan Kuala Lumpur ? ada beza antara Islam sebelum Pak Lah dengan Islam semasa Mahathir ? bukan nya kes rogol tak berlaku kat kelantan ? Ini sebagai metafora. maksud aku, tak guna ubah segala istilah @ nama untuk sesuatu sistem yang lebih islamik, tetapi jika konsep dan tata cara penggunaan masih sama maka semua nya akan menjadi sia2. itu saja.

KADANG- KADANG ADA INDIVIDU YANG MEREKA ATAU MENGGUNA PAKAI ISTILAH YANG DI REKA2 UNTUK KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI.


Written by : aku yang tak pandai

9 comments:

Anonymous said...

overall gud..... but some kupasan ade yg tersasar.... ftre myb u one of the politician..who's know???

amir bagus~ said...

tq. dah edit mane yg tersasar tuh hehe
xnak dan x teringin pon jd politician. xsemestinya kita berckp mengenai sosial, ekonomi, politik kite kena terjun politik.

btw, tq very mch :)

Anonymous said...

:D

Anonymous said...

u should careful wif your word...mebi someone disagree...but the fact is true...mybe ur opion sometime look like ....hurm.... no komen...!!!

Nama Baru said...

wow.. lama dah nak baca tulisan si siput semput ni, akhirnya dapat juga, okay, aku setuju dengan post ko kali ni, tapi dalam post ni tak bgtau pon idea dan apa yyang ko faham pasal macam mana bentuk perbankan islam yang sebenar, yang lari dari semua riba dan perkara2 yang manjadikan ia haram..

dan..

aku tau ko tu pro-Keris Merah, kes rogol tu masalahnya datang dari masyarakat sendiri, so tak de kne mengena dengan kegagalan K'jaan Kelantan dengan konsep B'raya Islam mereka, atleast Kelantan tak bagi lesen loteri, jual arak secara terbuka dan lesen kelab malam..

Bingai @ Bangang said...

Sdra Amir,
Aku tak anggap ianya sebagai kupasan. Satu luahan hati yang telus. Mungkin itu yang anda rasakan.

Daripada pengamatan aku, tidak banyak bezanya perbankan Islam dengan konvensional. Ianya lebih merupakan urusniaga yang lebih tertib dengan akad (ucap) perjanjian.

Di samping itu, cara pembiayaan lebih kepada jualbeli. Aset yang anda inginkan terlebih dahulu dibeli oleh pihak bank dan kemudian dijual kepada anda setelah dikira keuntungan yang diperolehi oleh pihak bank tersebut. Ini bermakna pembiayaan anda adalah tetap tanpa mengira turun naik faedah pinjaman di pasaran. Berbeza dengan pinjaman konvensional, faedah akan dikenakan mengikut harga pasaran. Oleh itu, anda mempunyai dua pilihan. Tepok dada jangan sampai batuk.

Cuma aku kurang pasti nilai keuntungan (profit) yang mencapai tahap riba. Kalau mengikut kefahaman aku, apabila keuntungan setelah tolak modal (termasuk kos belian, pengurusan dan sebagainya) yang melebihi 100% dianggap sebagai riba. Sedangkan kebanyakan faedah pinjaman terkumpul (berdasarkan 5-9% setahun) berkisar di bawah 50% sahaja. Mungkin Court Mamoth lebih tinggi tetapi masih berada di bawah paras 100%.

amir bagus~ said...

Nopal : firstly, tengs drop kumen haha. kalau nak ikot idea ak, islamic banking kena cari kelainan dalam produk perbankan depa. jgn tiru bulat2 konsep perbankan konvensional. contoh: bank islam still guna pakai produk yg " dikatakan haram " seperti kad krdit, saving and current a/c, remittance n bla bla bla. so, apa yang konvensional ada, bank islam ada. yg beza cuma interest rate yg jauh lebih rendah jika nak banding bank2 yg "bukan islam". sebab tu ramai yang bukan islam boleh bekerja di bank2 islam sebab mereka kata konsep sama. apa yang membezakan term yg dipakai. soal kelantan tu, aku bagi metafora. jangan soal politik kat sini. plezz..mmg betul kejahatan semua angkara manusia zalim. x kisah la kelantan ke mekah ke cairo ke israel ke sume, sume ade manusia setan. "nama" sahaja tidak melambangkan apa2. tambah, boleh memalukan umat islam lagi esecially. :)

bingai@bang..: tengs gak drop kumen. aku masih merangkak dalam proses perbankan ni. banyak lagi kajian dan pandangan yang aku kena kaji dan teliti. hehe hope leh tunjuk ajar.

salam :)

Anonymous said...

pandangan awk ade betul..dan ade yg xkena..kejadian rogol sebenarnya boleh berlaku dimana2..negara kita..negeri kita, tempat kita, kg kita,malah xmustahil dalm umh kita,salah siapa..sebab kita islam pada nama bukan dlam diri amalkan untuk tingktkan amalan kita.sedngkan alim dan warak boleh terjebak disebbkn nafsu..kejadian bunuh ,gempa bumi ..rogol ,zina akn berlaku bila dunia akhir zaman.dalm alquran dah megatakan tanda2 kecil..dan skunk..tnda2 besar kiamat sudey ditunjukkn..sejauh mankah diri awak untuk cuba mengesali semua kejahtan yg manusia lakukan..jgn smpai kita terpngaruhi dgn kartun diutusan hari ni..betul2 mghina hukum ALLAH TAALA...BYK IDEA N NASIHAT DARI AWAK..HARP SAMA2 TINGKTKAN AMALAN..KITA XTAU BILE MALAIKAT IZRAEL DATG MENJEMPUT..

Anonymous said...

Setuju, ramai skarang ni kalau dgr je produk dgn istilah Islamik, lansung tergesa-gesa nak beli/cuba.

p/s: Kau review ttg Islamic Banking yg guna je name islam. but some people lebih suka argue whether whose at fault Kelantan ada kes rogol..ROFL!