hoi...meh la singgah !!!!

Walaupon pointer macam gampang, tapi aku bahagia di sini...



Tuesday, June 28, 2011

Atm Punya Hal !

ada 1 cerita. kalo aku cerita benda ni sumpah orang-orang perempuan kat uitm arau akan buat demonstrasi bogel  secara aman depan HEA menuntut aku menarik balik kata-kata aku. Ada aku kisah ?

Sebelum turun main bola petang semalam, aku pegi la atm maybank sat. Kira-kira aku nak keluar duit sebab nak belanja anak aku si along yang dapat 3D 2E dalam UPSR baru-baru ni. Alhamdulillah berkat tidur dalam kelas time cikgu mengajar. Sesampai aku kat atm tu, aku perhati ada 4 orang perempuan kat depan aku. biasa la tabiat orang perempuan, yang nak keluar duit sorang, yang tukang perhati 3-4 orang.takpe lah. kita lupakan pasal tabiat orang perempuan yang ganjil tu . 

Dekat 5 minit aku tunggu budak perempuan tu cuq duit. aku jeling-jeling sikit apa yang di buat nya lama sangat ni. Aku nampak dia tekan butang baki simpanan. Banyak lagi duit perempuan ni. dalam 1000++ gitu. Patut la dia berdiri senget ke kiri. Nak suruh aku intai la tu. Takpa-takpa. 


Lepas cek baki, aku nampak dia tekan akaun semasa. Gila bapak. Muka macam serangga kena lenyek pon dah ada akaun semasa. Tapi lepas tu dia tekan butang cancel. Aku agak dah. Haha. Sambil sembang-sembang dengan member-member dia, dia sambung balik tekan-tekan butang. Dalam hati macam nak cuit bahu dia pastu nak tanya sedap sangat ke tekan butang-butang tu? Takpa. Aku sabar lagi. 

Paling aku naik hangin bila sorang member perempuan tadi cucuk perut perempuan yang tengah cuq duit tadi. Apa lagi, melatah la perempuan yang tengah cuq duit tadi sebijik macam muka babun laut. jangan tanya aku muka babun laut tu macam mana. sebab aku pon tak tahu. Aku cakap babun laut sebab aku sedang menaip dalam keadaan yang amat marah dan garang...Grrrrr.... 


Takat buat muka macam babun laut aku tak kisah. Ni siap sebut benda benda yang ada dalam kain baju. Aku rasa macam kena hempap dengan konkrit sepuluh tan. asal aku yang rasa malu aku tak tahu. 


ayoyo. penat aku menunggu urusan perempuan ni. Last sekali, dia tekan cancel. Kad keluar. Memang time tu aku nak maki sorang-sorang perempuan depan aku.


Aku ingat lepas perempuan tu ambik kad dia dari mesin atm tu kira turn aku pulak la. So, aku ke depan sikit. Tiba-tiba perempuan tadi masuk balik kad atm dia. Aku dengar dia cakap kat member dia yang dia kena keluar duit juga sebab nak beli buku calculus. So, aku nak tanya la kat sini, course apa yang ada subjek calculus dalam silibus belajar dia ? Kimek tul 

Kat sini, aku nak bagitau perbezaan antara orang laki dengan orang perempuan time cuq duit kat atm. So, lepas ni kalau nampak ada 2 orang perempuan berator depan atm dan 10 lelaki beratur depan atm, pilih yang 10 orang tu. Aku dah nasihat ! 

Orang laki

1) Berdiri depan atm
2) Masuk kad
3) Tekan no pin dan total duit yang nak kuar (biasa nya cukup untuk seminggu)
4) Tekan ok. Ambik kad. Ambik duit. Resit tu pon jarang ambik sebab orang laki boleh congak jumlah duit yang tinggal selepas bawak kuar.

atau

1) Berdiri depan atm
2) Masuk kad
3) Tekan no pin dan total duit yang nak kuar rm 100
4) Skrin atm menunjukkan baki tidak mencukupi. Kad keluar sendiri.
5) Booo..... keh3

Orang perempuan

1) Berdiri depan atm
2) Buka handbeg
3) Cari kad bank
4) Masuk kad
5) Kad kena reject sebab ade habuk dekat cip kad
6) Keluarkan kad. Gosok2 sikit cip kad guna tudung 
7) Masuk kan kad balik
8) On handset. Search atm pin no. 
9) Tekan no pin. 
10) Baca iklan yang ada kat atm selama 5 minit
11) Tekan baki terkini. 
12) Print slip
13) Tenung slip tu selama 1 minit 
14) Tekan ok di butang akaun semasa
15) Tekan cancel sebab sepatutnya kena tekan dekat butang akaun simpanan
16) Tekan akaun simpanan
17) Mula memasukkan jumlah wang yang nak dikeluarkan
18) Tekan Rm 155
19) Tekan cancel sebab salah masukkan jumlah
20) Tekan Rm 150
21) Tekan ok
22) Time mesin tengah nak kuarkan duit, sembang dengan kawan tentang abang dewan makan yang hensem
23) Ambik kad. Ambik duit. Wajib ambik resit
24) Jalan 3 langkah
25) Patah balik ke atm sebab tak puas hati dengan jumlah baki
26) Masuk kan kad. masukkan pin. 
27) Tekan butang baki terkini
28) Print slip
29) Tekan tiada apa-apa urus niaga lagi.
30) Ambik kad
31) Sorok slip dalam dompet



Di bawah merupakan testimoni pengguna atm yang terpantas : 



Ajim menggunakan siku untuk mengelakkan jari nya terdedah dari jangkitan kuman para peng- cuq duit.




Si sengal ni cuba mengorek duit selepas menyedari akaun bank nya hanya tinggal rm 2. 56 



si pokcek menggunakan lesen memandu untuk kuarkan duit walaupon dia orang Kelantan. Macam xde kaitan je. Takpe. Kita abaikan. 


Tapi, tak sume perempuan camni okeh? 


oh.tengs to ikbal,fikri, bub, alang dan wan bab bawak aku pegi karok malam tadi. dapat hilang tension sikit. dengan 2-3 buah lagu pon dah cukup. aku tahu suara aku memang sedap. sebab tu dorang tepuk2 tangan masa aku nyanyi. HAHA



Ok. Hati pon dah tenang, perut pon dah kenyang. Badan pon dah wangi. Mana bini aku ni ?  
:p

Monday, June 27, 2011

New offer !

Visitor yang ke 7000 aku belanja kfc snake plate. keh3




Friday, June 24, 2011

Aku bagi resume tipu, depa bagi harapan palsu. Sapa lagi shaiton ?

Patut nya dah dekat hujung bulan ini aku dah boleh bersenang lenang dengan gaji 5K pertama aku. Dan waktu hujung bulan ni la aku biasanya akan memilih pulau-pulau yang tidak berpenghuni untuk menenangkan fikiran selepas bekerja hempas kepala di sebuah syarikat perbankan terkemuka di Malaysia.

Eceh. Apa aku merepek ni ? Takpe. Go on je.

Senanya aku tak dapat keja lagi. Buat pengetahuan stalker sekalian, aku bukan malas nak carik kerja. Cuma aku malas nak start pegi kerja. Tengok . Ada bezakan ?

Sudah berpuluh interview aku pergi. Dari Aloq staq sampai ke Kuala Perlis sume interview aku sapu. Tapi bukan tak nak terima offer mereka. Cuma mereka yang tak nak terima offer aku. Ayoyo. Sedih sekali.

Dan sebagai seorang graduan yang mempunyai result nyawa-nyawa ikan , aku selalu berdoa kepada Tuhan agar mempermudahkan sesi temu duga aku kelak.

Di bawah merupakan dialog sewaktu sesi temu duga aku yg lepas. aku letak dlm blog sebab senang kepada sesiapa yang buat rujukan untuk sesi temu duga nanti.


Tipu 1 

Err. Mr. Amir. Actually, our company needs a supervisor to monitor our employees. But based on the resume given, u r too much qualified and respectful for this job. By the way, I’ll call ur later.

Tipu 2

Emang nya kedai tante ingin mencari bibik baru. Ooo walah. Ganteng amet ya kamu sih. Tante mau kamu kerja dengan tante serta merta boleh sih?

Tipu 3

What is ur name? Amir Ridzuan rite ? Yeah, ur name is very nice. And u r not suitable to work here because u r very nice person. We will recommend 2 u for the branch manager position.

Tipu 4

This company is very lucky today because u r here for the interview. Good luck. Pape hal kami roger !

Tipu 5

Comel nye adik ni. Nak datang interview ye ? alolo… cian nye dia. Nanti untie kasi borang nak isi ye. 


* berguna x ?


Kepada shaiton yang bernama Azim Korek, sumpah aku jelas kat ko. Jadi cikgu B.I kat sekolah rendah adalah pengalaman yg paling best. Income masyuk lak tuh. G kelas t bawak google translater la ko jim :P
Btw, Gud luck dude. First gaji mesej aku. Biar aku setting tempat kat mana nak habiskan gaji ko.

***

Oh ye.

Di kesempatan ini, aku nak cakap yang aku nak mintak maaf kat Izrol Ikbal sebab banyak buat salah kat ko.

Aku tau aku ni tak penah buat salah kat ko tapi aku nak mintak jugak.

Semoga Tuhan ampunkan dosa besar ko. Aku yakin dan percaya kita akan berjumpa di sana kelak.

Kami semua akan rindu kat ko. :'(





Ingat lagi tyme ni. Kita sume g bundle sebab nak cari baju kuliah ko. Time tu ko xde duit. Kami sume yang support ko. ( Izrol Ikbal berdiri paling kiri sekali)

Aku mintak maaf sebab xdapat lawat ko buat kali terakhir. sebab malam tu aku xde mood lepas kalah main judi dengan fikri. aku tau ko nazak. sebab tu aku xmau pegi.


* Scroll bawah






















*Lagi
































* Jangan malas !!!





































* Sikit lagi























* Sape yang tak kenal Izrol Ikbal mesti ingat budak ni dah takde . Aku pedajal ko sebab ko tak mau kemas kulit durian malam tadi. OOO… Pandai makan tak pandai kemas. Sampai aku maki wandin sebab kulit durian. sori wandin.Yeah ! Aku dendam. HAHA

*Sumpah aku baru tahu yang blog ini kita boleh kaler2 tulisan kita macam nak kaler hijau ke, kuning ke, merah ke, pink ke, nak kasi besar ke, nak kasi kecik pon boleh. Ni yang eksaited lebih nak tulis blog ni. Jumpa lagi di post terbaru saya 5 minit dari sekarang.

Thursday, June 23, 2011

Dude

Takpa. aku lupakan hajat aku.

Aku lepas kan kau dulu.

Gud luck !

:)

Tuesday, June 21, 2011

DIAri

Dalam 2 perkataan, aku nak rumuskan pengajaran yang aku dapat sepanjang hari ini iaitu :

"TERUSKAN KEHIDUPAN"









:)

Monday, June 20, 2011

P/S means Please see.

Dalam empat baris perkataan, inilah diari hidup aku untuk hari ini.
Isnin, 21 Jun 2011

Hidup, tak semesti berteman,
Tak berteman, tak semesti tak hidup.

Mati, tak semesti sendiri,
Sendiri, tak semesti mati.

Di buat oleh : Amir yang tak pernah bagus
:(

Friday, June 17, 2011

Siri Bercakap Dengan Kambing

satu hari, aku sembang dengan izrol budget ihsan (bukan nama samaran)

# "bal, aku nak keje part time kat watson". kata ku

* " baik tak payah. tu kan tempat 'kecantikan'..." ( tanpa menghabiskan ayat beliau lantas menyedut teo ais kegemaran beliau)
______________________________________________

sekarang ni, aku lihat perangai jahiliyah beliau yg suka ponteng kelas dah semakin hilang. alhamdulilah beliau sudah pulih dari ketagihan bantal busuk dan tilam hancing beliau.

______________________________________________

dengar gosip dari ahmad bub dan ahmad fikri, beliau amat menggemari gurauan teknik tak beri salam punya. bila beliau bergurau dengan kami, kami terpaksa menangkis dan berjaya. tetapi oleh kerana sifat2 malaikat yang ada dalam diri kami, kami terpaksa melayan walaupon kadang2 gurauan beliau bagai meminta tendangan kilas tepat ke arah testis beliau.

______________________________________________

Ada benda yang buat aku jeles sampai sekarang. nafsu makan beliau macam kerbau. tapi badan stil maintain. dem betoi !

______________________________________________

ada juga dengar kabar angin di mana beliau dikatakan menggemari bermain bola teknik terkangkang LOL

______________________________________________


ok. lastly, jum kite bicara tentang sifat malaikat beliau. mari kawan-kawan sekalian ...

selepas 3 jam berlalu ...

......................................... ( SUMPAH LOST ! )

Monday, June 13, 2011

Keluar pintu depan, masuk pintu belakang. YES!!! we have the winner

Baca saja tajuk post aku kali ni, sudah ramai yang nak maki aku. Silakan maki. Jauh sekali mintak puji. nak menyampah, silakan.

Sebagai ludahan pertama, sistem perbankan sekarang memang diwujudkan atas dasar untuk meng-kayakan pemegang saham itu sendiri.itu fakta. Kalau rajin search google then type annual book report for Bank Islam. apa yang korang jumpa ? apa beza annual report cimb, maybank dengan hong leong sume ? bagi pusing sikit otak tu. tak de beza kan? :p

Adalah satu hari tu. argue dengan sorang budak Islamic Banking kononnya. Dia kata ---> Riba' is prohibited in Islamic Banking. Apa yang bank sistem konvensional buat sekarang semua berdosa sebab tak menepati hukum2 syara'. Bila di tanya kepada si kawan tadi, apa beza profit dengan interest? Dia kata interest adalah pengambilan PROFIT yang berlebihan. tengok, die menggunakan perkataan "PROFIT" jugak.

aku tanya lagi, apa beza antara interest dengan riba'? dan si kawan kata tadi sama konsep.

cukup !
***********

and for sure, ramai yang panas hati bila aku membuka topic konsep @ kaedah perbankan konvensional di malaysia. ramai yang suka argue aku.dan ramai yang pro-Islamic Banking akan cakap sistem perbankan Islam di Malaysia betul2 menepati hukum syara', berlandaskan hadis dan musyawarrah para ulama.

Antara hujah pro-IB ialah mereka kata perbankan Islam bukan memperkenalkan skim pinjaman. perbankan Islam menggunakan sistem "pembiayaan". aik? bukan kah dalam konsep perbankan konvensional sudah diperkenalkan sistem pembiayaan ni atau "leasing" nama dia. atau masyarakat kita masih ragu2 jika term yang di gunakan oleh bank konvensional yang berbaur "Kristian".

Lagi katanya, proses jual-beli tersebut akan ada proses yang di panggil akad-jual beli. ada salam2, sain borang, ada saksi. hari tu aku pegi cimb kangar. nampak la 2 orang pelanggan (mungkin nak buat pinjaman) sedang berbincang di dalam cubicle pegawai cimb tersebut. siap minum kopi lagi. gelak2. salam2 sume. so, apa beza nya ?


then, terfikir gak aku. what will happen to the borrower if they default in their payment ? Ada bank Islam nak cakap "XPE LAH. KITA SEDEKAH JE LA KAT SI ANU TU".

tidak sama sekali. jangan harap la. proses masih sama dengan kaedah konvensional. notis, harta benda akan dirampas dan tunggu 2.3 minggu notis orang yang bankrap akan sampai di depan pintu rumah anda. haha

rupa2 nya, konsep perbankan islam ni dah lama didebatkan oleh para sarjana luar negara sana. antara Umar Vadillio.

Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.

Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali
(double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan.




Kawan2. Tolong jgn cepat terima suma barangan @ produk yang berlabelkan Islam. Tidak semua produk2 ISLAM yang berada di pasaran sekarang betul2 Islam. Kelemahan bangsa melayu yang cepat tertarik atau terikut dengan tagline "Islam" itu sendiri. come on la.

banyak pihak kat Malaysia ni menggunakan umpan "islam" dan "halalan toyyiban" unutk melariskan sesuatu produk mereka. Hope kat malaysia lepas ni keluar la produk "petrol muslim", "laptop muslim", "Tv muslim". teringat beberapa tahun yang lepas, sebuah syarikat mengeluarkan capal nabi.
maaf cakap. aku bukan anti produk @ ANTI ISLAM.



ok. dah nak abis da ni.

bagi aku, konsep perbankan Islam ni hanya ISTILAH yang di guna pakai oleh pihak bank itu sendiri. macam kerajaan Kelantan memperkenalkan konsep Kota bandaraya Islam. atau macam kerajaan Pak Lah dulu memperkenalkan konsep Islam Hadhari. ada beza antara Kota Bharu dengan Kuala Lumpur ? ada beza antara Islam sebelum Pak Lah dengan Islam semasa Mahathir ? bukan nya kes rogol tak berlaku kat kelantan ? Ini sebagai metafora. maksud aku, tak guna ubah segala istilah @ nama untuk sesuatu sistem yang lebih islamik, tetapi jika konsep dan tata cara penggunaan masih sama maka semua nya akan menjadi sia2. itu saja.

KADANG- KADANG ADA INDIVIDU YANG MEREKA ATAU MENGGUNA PAKAI ISTILAH YANG DI REKA2 UNTUK KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI.


Written by : aku yang tak pandai